-->
Photobucket

Pages

  • Home
  • knowledge
  • renungan bersama
kerna korunk dah sampai di blog ni..empunya blog harap korunk komen la sikit..ok!

Maklumat Karnival Jom masuk U 2012

bagi sesapa yang berumur 18 tahun n intersted sal university.. korang digalakkan untuk pegi ke Karnival Jom masuk U.. banyak maklumat yang korang akan dapat..


Aktiviti Karnival Jom Masuk U 2012

Di antara aktiviti yang dianjurkan dalam Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini adalah pameran pendidikan, seminar peluang pendidikan tinggi negara, seminar sehari bersama pemimpin masyarakat, cabutan bertuah, cabutan perdana, kuiz, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, semakan syarat khas kelayakan program, pendaftaran Sahabat UPU dan liputan radio secara langsung.
Pada tahun 2012 ini disasarkan lebih 400,000 orang dijangka hadir, lebih tinggi daripada tahun 2011 di 11 lokasi dari bulan Januari sehingga awal April.

Lokasi Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2012

Karvinal Jom Masuk U 2012 akan berlangsung seperti berikut;
TarikhLokasi
14 – 15 JanuariPusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
28 – 29 JanuariTerengganu Trade Centre, Terengganu
4 – 5 FebruariStadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
11 –12 FebruariSuria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah
18 – 19 FebruariSunway Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang
25 – 26 FebruariStadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan
3 – 4 MacPort Dickson, Negeri Sembilan
10 – 11 MacPermata Exhibition Hall, Kuching, Sarawak
17 – 18 MacKuala Kangsar, Perak
24 – 25 MacPERSADA, Johor Bahru, Johor
31 Mac – 1 AprilMINES International Exhibition Centre, Seri Kembangan, Selangor

Tarikh dan lokasi di atas adalah tertakluk kepada pindaan. Masuk adalah percuma. Secara amnya karnival ini bermula daripada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Pameran Pendidikan

Pameran pendidikan adalah aktiviti utama Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U. Di antara organisasi yang menyertai pameran ini adalah 20 IPTA, 100 IPTS terpilih, Bahagian dan Agensi di Kementerian Pengajian Tinggi – Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengurusan IPS, Bahagian Biasiswa, Bahagian Sukan, Unit Komunikasi Korporat, Perbadanan Tabung Pendidikan Negara dan Malaysian Qualification Agency.
Sementara itu Bahagian dan Agensi di Kementerian Pelajaran Malaysia – Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Matrikulasi, Bahagian Pendidikan Guru, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri.
Di samping itu Yayasan Negeri, agensi pembiayaan pendidikan dan lain.lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan pendidikan tinggi juga turut serta. Di antaranya Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan – IKBN, Kementerian Sumber Manusia – JTM, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – NATC, Jabatan Pembangunan Kemahiran – KSM, Jabatan Pertauliahan dan Kemahiran Lanjutan – CIAST, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan, Unit Pusat Institusi MARA dan Majlis Amanah Rakyat.
Pameran Jom Masuk U ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti.

Maklumat

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Karnival Pengajian Tinggi Negara – JOM MASUK U 2012 ini sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Putrajaya.  Talian Am 03-8870 6755/ 03-8870 6766, Helpline UPU 03-8870 6777, Hot Line UPU 03-8870 6767, Kaunter KPT UPU 03-8870 6778 atau Faks 03-8870 6864 atau e-mel upu@mohe.gov.my

at 8:07:00 AM

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
 lawatan kengkawan

owner

nama:amanina kamarudin
live:kelantan
umur:lapan belas(2012)
study:KMPP,Malaysia
cita-cita:doctor to be..

Backgrounds & Flower Backgrounds

FrienDz

let's talk

hikayat blogku

  • Buatmu wahai Wanita
    Kepada pemilik tulang rusukku. Akan ku mencari dan mendapatkanmu. Akan ku sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu. Jika bukan...
  • hikmah dilarang minum sambil berdiri.
    Mengapa Rasulullah SAW Melarang Minum Sambil Berdiri? Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. ---Dari segi kesiha...
  • happy chinese new year...
    kat sini aku nk wish gong xi facoi kt sume org yng berbangsa Cina espesialy kt wrga Cina di Malaysia.. hope korang tahun nie more better th...
  • Senarai biasiswa di Malaysia
    assalamualaikum sumua.. hari nie saya nak kongsi kat korang list of scholarship yang ada kat Malaysia nie..sebenarnya banyak biasiswa yang k...

iklan bersama nuffnang

TimE iS GolDeN

mOntH iN yEaR

Cuteki widgets kawaii

Blog diikuti

  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
    6 years ago
  • ::: LOVE the LIFE :::
  • ツ ɥaNiǝtw!sʇies-97 ツ

Facebook Badge

Niena Kamarudin

Create Your Badge

beaSt iS tHe bEsT

Domo Jumping Up and Down
Powered by Blogger.